♥Only Me♥
Salam Ukhwah

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
آللّهُمَ صَلّ وَسَلّمْ عَلَى سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ


Belogs Mine! Hearts About


Ukhwah Fillah

Indahnya mencipta sebuah persahabatan
Persahabatan yang dicipta kerana Allah
Perkukuhkan iman In Shaa Allah
Jom bersahabat


CREDITS

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   



Inni Akhafullah

                                         

                                                        

Awak, bila awak mahukan cinta saya.. Carilah dulu cinta Allah. Bila awak mahu rindu saya.. Rinduilah dulu Allah dan Rasul-Nya...Jika awak mahu sayang saya..Sayangilah dulu agama lebih daripada diri saya ini...

Assalamualaikum,,

kenapa 99 kali rindu??kenapa tak gambar lain bukan??sebenarnya ia adalah sebuah cerita sungguh hebat saat anda menghayati setiap bait-bait kata dan seorang insan yang cuba mencari jalan keedhaanNya....kenapa tertanya-tanyakan mengapa saya cakap begitu..

dalam saat ingin mencapai kemuncak final pada semester lepas...saya berasa seperti tidak kena dengan diri saya..saat itu housemate saya semua tiada dan seperti seakan dunia saya kosong..lalu sementara saya ingin mengalas perut hati ini terdetik untuk membuka laptop rakan saya lalu saya scroll satu persatu movie yang ada di dalam laptop itu...lalu hati ini bermonolog "eh kenapa takde cerita best,banyak cite lama her..hurmm eh 99 kali rindu tgk sikit"
tak lama lepas tu saya pun forward cerita tu sampai satu scene tu dialog seperti yang di atas membuat kan hati saya sebak dan tidak semena-mena air mata saya mengalir jatuh..

tidak berapa lama kemudian saya berkata dalam hati..layakkah aku menjadi pencinta Allah dan Nabi Muhammad s.a.w..Allahuakbar lantas saya mengambil wudu' untuk solat dan berdoa...bermula daripada hari itu hati saya mula berasa tenang dan seperti manis dan indah untuk beribadah kepada Allah..Subhanallah Allah sungguh Berkuasa menggerakkan hati hamba-hambaNya yang terpilih..

selepas itu saya berazam untuk istiqamah melakukan perkara wajib dan selepas solat juga saya sentiasa membaca Al-Quran 2 muka surat setiap hari..Alhamdulillah tenang sungguh rasa hati...terasa Allah dekat sangat dengan saya..dan di saat itu saya memohon dan meminta ampun kepada Allah atas segala dosa-dosa saya selama ini...sehingga sekarang ini saya cuba untuk betul-betul berhijrah kepada kebaikan dan cuba untuk mengubah penampilan saya dan melabuhkan tudung,baju serta mengubah akhlak saya menjadi lemah lembut dan In Shaa Allah saya ingin menjadi calon wanita solehah yang terpilih untuk ke syurga Allah..

sehingga sekarang saya masih cuba untuk memperbaiki lagi segala kekurangan yang ada dalam diri saya ini memperbaiki hubungan antara sesama manusia,rakan-rakan saya dan kepada Allah...biarpun saya berasa keseorangan tetapi saya percaya Allah ada untuk setiap hamba-hambaNya...In Shaa Allah andai kita pandai mencari sahabat yang boleh membawa kita ke syurga segala kesulitan akan Allah permudahkan untuk hal-hal yang baik...semoga anda semua mendapat hidayah daripada Allah juga...Amin
Wassalm...

-Inni Akhafullah-


Older Post | Newer Post