♥Only Me♥
Salam Ukhwah

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
آللّهُمَ صَلّ وَسَلّمْ عَلَى سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ


Belogs Mine! Hearts About


Ukhwah Fillah

Indahnya mencipta sebuah persahabatan
Persahabatan yang dicipta kerana Allah
Perkukuhkan iman In Shaa Allah
Jom bersahabat


CREDITS

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   



Warna-Warni 2013

 selamat tinggal 2013..asif jidan ya sobatku sekalian..


Assalamualaikum...

hari ini terbit rasa kesedihan serta segala rasa yang ada di dalam qalbu ini..sungguh tidak dapat dinafikan bahawa pada tahun 2013 banyak kenangan indah dan pahit di dalam hidupku selama saya berumur 19 tahun..

Di saat ini juga zaman kebodohan saya yang akan saya tinggalkan kerana setelah 19 tahun saya mencari ketenangan yang hakiki..di saat ini jugalah saya mengenali erti persahabatan,kekeluargaan yang sebenar serta kasih sayang antara manusia..

Segala kesalahan dan perbuatan yang telah dilakukan harap dimaafkan..entah mengapa air mata ini mengalir kerana mengenangkan perbuatan yang lalu..Allahuakbar..sungguh aku menyesali segala apa yang telahku lakukan..

Ku mengenali seorang insan yang berjaya membuat saya meninggalkan segala larangan Allah dan berubah kerana Allah...terdetik dihati mula ingin mengenalinya lebih dekat tetapi apakan daya saya hanya insan dan mampu berdoa kepada Allah andai diizinkan supaya dapat mengenalinya lebih dekat..In Shaa Allah..

Antara Kenangan yang mengusik dijiwaku semasa tahun 2013 adalah bersama sahabat-sahabatku sekalian suka duka bersama menunntut ilmu..

mengenali insan-insan yang membuatkan saya gembira sebentar dan kembali semula mengingatkan siapa saya serta insan yang membuatkan saya sedar betapa kita hanya sementara di dunia ini..Subhanallah..semoga insan itu diberkati oleh Allah..



Ya Allah sesungguhnya hidupku, solatku, dan matiku hanya kerana Allah Ta'ala

Selamat tinggal segala dunia yang melekakanku kini saya bangkit untuk memperjuangkan agama islam iaitu agama Allah yang suci kerana kita adalah hambaNya..

sungguh saya berasa sedih kerana sambutan tahun baru bakal disambut dengan meriah apatah lagi saudara kita di Mesir, Palestin, dan Syria masih lagi belum mencapai kemerdekaan dengan aman dan terpaksa menjadi pelarian dalam negara sendiri...apakah itu sangat tidak merisaukan kepada kita wahai muslimin dan muslimat sekalian???


                                               
            semoga hati ini terus kuat dan istiqamah untuk mengejar cinta yang hakiki...

saya berharap cinta hakiki akan menemui saya dan berdoa agar sentiasa diredhai oleh Allah..

maka dengan itu kejarlah cinta Allah nescaya Allah akan sayang syurgaNya pun kita akan dapat..
dan ingatlah wahai wanita hijrah itu ibarat mengupas bawang, untuk mendapatkan isinya tak mustahil kita tidak akan menangis..tabahkanlah hati..Allah sentiasa bersama dengan orang yang bersabar...In Shaa Allah Amin...
                                        



Older Post | Newer Post