
|
Salam Ukhwah Ukhwah Fillah Indahnya mencipta sebuah persahabatan Persahabatan yang dicipta kerana Allah Perkukuhkan iman In Shaa Allah Jom bersahabat
CREDITS
| Jangan Bersedih
![]()
Assalamualaikum,,
heyyy mood sekarang tak berapa baik sebabnye asyik nak huyung-hayang je.....
ekceli kebelakangan ni hati ni rasa silap sikit mulalah nak menangis...ishhh memang tak boleh ade bende lain silap mesti nak menangis...pon tak tahu mengapalah hati ni berasa nak sebak je...mungkin ada hikmah disebaliknya...hanya mampu bersabar tapiii tak mampu dan rasa tak kuat seperti yang dulu...hurmm mane pergi elly yang dulu yang kuat dan mampu untuk tanggung semua beban sedih ni???
setiap manusia ada saja yang datang dan pergi dalam hidup ni..tak kira yang dah lama kenal ataupun baru kenal..saya tak mampu nak jadi seperti dulu yang ceria yang sentiasa senyuman diwajah even apa saja yang berlaku dekat diri ni...tapi tak boleh jugak..sepiiiiiiiiiii....dan saya bersyukur kerana Allah masih sayang saya dengan memberi kasih sayangNya kepada saya..
tapi kadang-kadang rasa macam mencari-cari dalam hidup ini apa yang kurang tapi sebetulnya memang diri ini serba kekurangan...tak kisahlah samada pasangan tu takda ke ada semuanya hanya kuserahkan kepada Allah saja...tapi terasa diri ini sangat kekurangan...
takde siapa yang harus kubualkan mengenai diri ini kepada sesiapa kerana tiada siapa yang bakal faham dengan apa yang saya rasa dan tiada siapa dapat memahami cerita yang bakal kusampaikan....dan yang sedihnya ha ha banyakkan sedih yang menimpa diri ini...teringin rasanya nak berbual dengan seseorang sampai saya rasa tak tahu bagaimana nak berbual dengan orang yelah sebab dah lama tak jumpa dan berbual dengan orang seperti dulu...
hakikatnya 1001 rasa macam kesedihan yang kusimpan dan tak dapat lagi nak di huraikan melalui percakapan hanya ekspresi yang mampu kutonjolkan iaitu MENANGIS dan terus terusan menangis untuk membuang perasaan sedih agar esok pagi diri ini bangkit dengan wajah yang ceria...tapiiiiii tak juga mampu untuk menghilangkan kesedihan ini yang dah sebati dalam diri...
kadangkala seperti rasa terasing dalam kehidupan sendiri dan terasa asing dengan kehidupan yang sudah menjadi kebiasaan diri ini...kenapa perkara macam tu berlaku???terasing,keasingan tersangat melampaui batas kehidupan ini dan tak tahu ke mana harus kuhilangkan perasaan ini...sangat kecewa kerana tak dapat nak mengawal diri ini daripada terus hidup dalam kesedihan...dan tiada lagi keceriaan dalam hidup ini mungkin kesabaran diperlukan sementara saya diuji sebegini...
terkadang terasa diri ini tidak dihargai dan mungkin kewujudan diri ini tiada asbab dan kemunculan diri ini seperti tiada perbezaan kepada sesiapa yang mengenali diri ini...rasa hidup ini hanya untuk diri sendiri dan bukan untuk orang sekeliling mahupun sesiapa sahaja...memori kehidupanku ibarat warna hitam dan putih dan tiada warna-warni kehidupan untuk dilukiskan... :(
|